Order Form

NAME
EMAIL
ITEM KODE
ALAMAT PENGHANTARAN
CONTACT NO:
PAYMENT METHOD@DETAIL

This form powered by Freedback

Thursday, September 18, 2014

sejarah bantal kekabu

Pokok Kekabu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat dihutan Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, utara Amerika Selatan, dan (sebagai C. pentandra jenis guineensis) baratAfrika serta  Malaysia Asia Tenggara. Nama botaninya Ceiba pentandra.

Pokok Kekabu tergolong dalam famili Bombacaceae. Ia memiliki daun yang jarang dan dahan mendatar bertingkat pada sudut mendatar. Pokok Kekabu malar hijau ini memiliki batang kelabu pucat berduri banyak ditanam dikalangan penduduk kampung Melayu (Allen 1971).[1]
Kegunaan
Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.
Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.
Tetapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Pada masa kini, kekabu tidak digunakan dalam industri kerana masaalah kekurangan bekalan Kekabu yang banyak dan murah dan berpanjangan. Ini kerana pokok Kekabu tidak ditanam di ladang-ladang besar yang mampu menjamin bekalan yang berterusan.Jadi jika anda seorang pentingkan keselesaan jadikan anda orang yang unik mendapatkannya dari kami home made,,,bantal kekabu traditional..nescaya pengalaman tidur anda menjadi mimpi yang terindah….